Wikipedia

Search results

Wednesday, August 12, 2009

eSTEtIK kEINdaHAn

ESTETIK

1) Bidang falsafah yang mengkaji tentang konsep keindahan:-

· Keindahan semulajadi

· Keindahan benda-benda buatan manusia.

Oleh itu, ia terlalu luas sehingga kita perlu mengecilkannya. Kita kucupkan semua itu kepada subjek-subjek seni seperti lukisan, arca, seni bina, fotografi, cetakan serta tulisan kayu.

Estetik juga merangkumi bidang sastera yakni puisi, esei dan novel.

Muzik juga termasuk ke dalam jangkauan estetika baik muzik yang tradisional, mahupun muzik yang moden yang mengggunakan alat-alat seperti gitar, piano, biola, gendang dan sebagainya.

Estetik dan estetika juga memasukkan bidang tarian ke dalam bidang kuasanya seperti tarian tradisional mahupun tarian moden yang mengutamakan pergerakan badan megikut tempo muziknya.

2) Kadang-kala keindahan itu diasingkan sehingga menjadi objek yakni, keindahan itu menjadi sejumlah idea-idea yang abstrak dan tidak kena-mengena dengan objek-objek seni yang mewakilinya.

Oleh itu, benda-benda atau objek-objek seperti lukisan, arca, bangunan, bunyi-bunyi okestra dan watak-watak dalam teater terpaksa dipisahkan dalam minda karya daripada sejumlah idea-idea yang abstrak tadi. Ahli-ahli falsafah atau Picaso sejak zaman Greek Klasik lagi yakni 400SM atau 1000 tahun sebelum Islam telah menulis dan menghurai soal keindahan ini.

Mereka bertanya apakah itu keindahan? Siapakah yang layak mengalaminya? Kesemua mereka bersetuju bahawa keindahan itu dialami oleh semua manusia melalui 5 pancainderanya yakni mata, hidung, telinga, lidah dan tangan. Pancaindera inilah yang menjadi saluran yang membawa maklumat luaraan yang masuk ke dalam otak kita di mana maklumat-maklumat tersebut diproses sehingga kita merasai nikmat-nikmat keindahan tersebut. Filaso Yunani yang mahsyur yang bernama Plato yang ketika itu 472 ke-3 sebelum Masihi bermadah keindahan itu mest mempunyai 7 ciri-ciri:-

§ The good – sesuatu yang baik

§ The benified – sesuatu yang berfaedah

§ The Reasonable – sesuatu yang munasabah

§ The Appropiate – sesuatu yang padan

§ The Balance – sesuatu yang seimbang

§ The Pleasant – sesuatu yang selesa

§ The Handsome – sesuatu yang sasa.

3) Keindahan itu juga diubah kedudukannya sebagai objek menjadi subjek. Bila 2 ahli fikir membincangkan tentang keindahan itu maka timbul lah perbalahan. Perbalahan itu berpusat kepada 2 perkara yakni perkara besar atau perkara prinsip atau perkara butiran. Dalam perkara prinsip atau perkara besar itu ada 3 ciri:-

i) Keindahan itu sejenis perpecahan

ii) Keindahan itu boleh dikongsi

iii) Keindahan itu suatu kebenaran

Perkara-perkara tersebut ditambah perkara-perkara kercil yakni:-

i) Keindahan itu suatu ucapan yang peribadi

ii) Keindahan itu bersifat sementara

iii) Keindahan itu bergantung kepada tempat dan waktu

4) Perasaan keindahan itu dipupuk pada zaman berbudaya. Sebab itulah, perasaan keindahan itu berbeza dari zaman ke zaman dari tempat ke tempat. Orang-orang Greek Klasik atau Yunani Klasik suka kepada tubuh tanpa pakaian yang dilambangkan oleh ahli-ahli sukan dalam atlit ketika berlumba pada 776 SM. Mereka menganggap keindahan itu mempunyai cirri-ciri keserupaan dan Keseimbangan.

5) Orang India juga berminat merakamkan tubuh-tubuh manusia juga tetapi sebagai dewa yang bernama Shiva. Kedua-dua figura ini mengikut kadar banding yang tiada pada manusia biasa sebaliknya figura Shiva mengikut nombor-nombror sakti yang ditentukan oleh tradisi. Tradisi itu juga menurunkan suatu teori keindahan yang berlumbakan perkataan-perkataan falsa menerbitkan 3 perkataan yang lain.

a) Rasavant yang bererti perasaan yang ada pada diri kita bila memandang sesebuah karya seni.

b) Rasika yang bererti orang yang menikmati rasa itu.

c) Rasavanda yang bererti orang yang menyedapkan, memuaskan dan meningkatkan darjat.

FALSAFAH SENI

TAKRIF SENI DAN TAKRIF KEINDAHAN

1) Takrif seni dan keindahan itu adalah sama sebab kedua-duanya mengupas benda yang sama juga. Yang berbeza adalah soal penekanan. Seni itu luas yang boleh dilihat contoh-contohnya dan keindahan itu juga ialah tafsiran yang berubah-rubah. Seni yang luas itu, boleh dilihat di mana-mana. Contohnya baju yang kamu pakai, telefon bimbit yang kamu guna, iklan Mc Donald di dalam televisyen serta videogame yang dimain. Kesemuanya mempunyai unsur seni yakni mempunyai susunan warna, rekaan grafik ada perkiraan-perkiraan yang menghiburkan sehinggakita berasa selesa dan berpuas hati. Seni mengaitkan bermacam-macam perasaan di dalam hati, bermula dengan perasaan saying, takut hinggalah ke perasaan meluat.

2) Seni begitu meluasdan serba merangkumi sehingga kamu tidak sangka kasut atau selipar yang kamu pakai itu adalah seni. Sebab sebelum ia menjadi kasut atau selipar ada seorang pereka yang telah melakar designnya terlebih dahulu.

3) Sesuatu objek seni itu mesti mempunyai bentuk dan isi. Bentuk itu ialahrupa luaran dan isi itu pula ialah idea yang ada di belakang bentuk itu. Umpamanya potret Mona Lisa. Bentuknya ialah wajah seorang isteri yang tersenyum. Idea di belakang imej si isteri itu ialah kejelitaan.

4) Takrif keindahan ialah tafsiran pelukis ke atas modelnya yang duduk di hadapannya itu untuk dilukis pelukis Mona Lisa bernama Leonardo Da Vinci mengamil masa 5 tahun untuk menyiapkan potrettersebut yakni dari tahun 1500 hingga 1504 dengan tujuan untuk merakamkan konsepkejelitaan yang dikongsi dengan masyarakat Itali pada zaman itu yakni zaman Reanaissince. Pada ahli sejarah seni yang mentafsir potret itu sebagai usaha Leonardo untuk mengimbas wajah ibunya yang dia tidak pernah kenal. Sebagai anak luar nikah Leonardo telah dipisahkan dari ibunya sejak dia kecil lagi. Oleh itu semua watak-watak wanita yang dilukisnya mempunyai cirri-ciri keayuan sebagai tanda betapa rindunya Leonardo terhadap ibunya yang tidak pernah dia jumpa itu. Ada pula ahli sejarah seni Mona Lisa yang tidak suka kepada isterinya supaya dia suka yakni menngindahkan lagi imej Mona Lisa yang tidak seindah maana. Oleh itu tafsiran ini adalah bidang yang luas sehingga sesiapa saja layak mentafsir.

5) Untuk memahami karya seni kita mestilah melihat karya tersebut secara dekat yakni ita sentuh, pandang, dengar dan baca karya tersebut. Sebuah lukisan yang kita pandang itu kita mesti tertanya suatu persoalan.

i) Apakah tajuknya?

ii) Apakah bahannya?

iii) Bila ia dilukis?

iv) Siapa pelukisnya?

v) Apa ceritanya?

Biasanya jawapan kepada soalan-soalan tersebut sudah tersedia pada karya seni tersebut baik secara tersurat mahupun secara tersirat pada karya seni tersebut baik secara tersurat mahupun secara tersirat. Semua maklumat-maklumat yang kamu kumpul setelah menjawab soalan itu menjadi sebahagian daripada karya seni yang kamu pandang.

6) Ada 6 prinsip-prinsip estetika yakni 6 cara untuk menghayati seni dan 6 cara untuk mengulas penghayatan tersebut.

i) Menggunakan kelima-lima pancaindera untuk menghayati memahami dan memanfaatkan.

ii) Adanya sejumlah amalan atau tradisiyang telah mempengaruhi karya tersebut sebagai subjek seni.

iii) Adanya andaian bahawa karya itu menyuarakan citra rasa yang menghasilkannya.

iv) Adanya kepuasan yang terpendam dan dipancarkan oleh karya tersebut.

v) Adanya faedah harmoni dan Keseimbangan yang mengubahan karya itu sebagai objek seni.

vi) Adanya andaian bahawa karya seni itu menjadi khazanah makna yang disimpan turun-temurun.

sENI iTU kEInDAhAN (koleksi yAMadA aKIrA - 1988-2009)














My PRoFil

NAMA : ABDUL RAHIM @ AIM

UMUR : 19 TAHUN

TARIKH LAHIR : 20 SEPTEMBER 1988

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL UMUM, SRI AMAN ,

SARAWAK.

PROGRAM : PENDIDIKAN SENI ( AT23 )

FAKULTI : SENI DAN MUZIK